Salam ..
Buat kawan-kawan semua,myeza nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN .. Hari nie 1st day kite sambut puasa..harap semuanya berjalan dgn lancar..kwn2 lak mcmana? tinggal lagi beberapa jam sahaja ni..sabar2.. uolll can do it !! chaiyok2..
Sesi bersahur pagi tadi,alhamdulillah.. berjalan ngan sempurna walaupun kena sahur awal iaitu pukul 4 pg .. Mak myeza masak awal..Myeza tanya la dia " Mak,baru pukul 4 pg..knp awal sgt mak masak ?? " .. Dia membalas balik debat myeza dgn berkata " Dah alang2 mak terjaga ni,baik mak masak je.." Myeza dgn terkebil2nya pegi la basuh muka & bersahur.. Pukul 5 pg baru mak kejutkan adik beradik myeza yang lain,abah dan paksu myeza.. Yang kelakarnya tuh,pukul 5.30 pg baru nak baca niat..huhu..nasib belum masuk imsak..
Malam nie nak pergi solat terawih dengan family di Bangi.. Mesti best kan.. Semalam termiss pergi solat terawih .. =( Mula2 puasa nie surau dan masjid mesti penuh masa solat terawih.. Cuba tengok bila dah 15 hari ke atas.. Mesti dah kurang penduduknya..Huhu.. Mana2 pun macam tu jugak kan?
Pesanan ringkas : Myeza request cuti 4 hari semata-mata nak berpuasa bersama keluarga tersayang.. Yang sedihnya,TAHUN NI myeza tak dapat cuti raya.. kena beraya dengan pesakit-pesakit la nampaknya.. ok la juga tue.. =)
0 Pot Pet Pot Pet:
Post a Comment