tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak
perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah
cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini
tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusi a pelbagai rupa dan gaya.
Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak -Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-
kekur angan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika
anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.
Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-ka dang kecantikan memusnahkan. Sete lah anda dikenali sebagai cantik,
ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya
bur uk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan
dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahka n dirinya. Saat menjadi buruk
pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka.
Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut
diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah
halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan
kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak- banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah
hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya
anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaiman a disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal
memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaik an kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali
yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik
pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terha dap semua perintah dan laragan
ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa
paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang
buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia
dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda
mambuktikan kekuasaan ALLAH! Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-
Haj (siri:160) ” Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya.













0 Pot Pet Pot Pet:
Post a Comment